Assalamualaikum, post kali ni aku nak cerita pasal abah aku. Hrm. Where should i start? Mungkin sedikit background, nama abah Hilmi Bin Salleh, keturunan org mengaji agama. Abah aku ni kerja sebagai tentera laut, wow kan, hahahaa, hidup sebagai seorang anak tentera laut ni kerjanya dok pindah pindah je lah, kalau yg tak pindah tu mmg bersyukur lah.
Memang sejak azali lagi aku kenal bapak aku ni sebagai seorang yg sangat garang, kadang2 taktawu lah garang die tu bertempat ke tak, tapi bapak sendiri kan. Hrmm.
Seawal umur aku beberapa tahun lagi abah aku dah ajar mengaji quran, mmg tak sah kalau mengaji dgn bapak aku kalau die tak pegang rotan, salah je kau tunggu je rotan hinggap dekat peha, ZASSSS! Eh mcm over pulak, hahaa, tp tulah hakikatnya, anak org lain bapak aku ajar mengaji pun garang mcm tu jugak, dan Alhamdulillah adik beradik yg bapak aku ajar mengaji mmg pandai mengaji, lancar lagi tepat makhrajnya, hahahahaa.
Dan seawal aku belajar mengaji jugalah aku belajar matematik, kalau dulu penuh dinding rumah dgn kertas yg penuh dgn sifir 2 smpai 12, doa qunut, tahiyyat awal akhir semualah, hahahaa, tapi mmg nak menghafal sifir tu mcm latihan askar, hahahahaa, sikit2 kene jerkah, Alhamdulillah pandai jugak matematik, cukuplah sekadar pandai kira duit, hahahaha, jadi sini aku nak cakap pembelajaran awal aku mmg bermula dr rumah.
Ingat lagi masa aku darjah 2, bapak aku dtg sekolah utk ambik buku rekod kot, bapak aku cakap kalau anak saya nakal, rotan je, kalau nak rotan, saya belikan, hahaa, dan akhirnya aku jadi pelajar yg rajin lagi berwawasan. Hahaha. Definisi rotan ni bukan lah rotan stok2 cikgu sekolah tu eh, segala benda yg tercapai dek tangan lah mcm hanger, tali pinggang, getah paip dan mak nenek kayu kayan jati semua lah, hahaa, kalau setakat hanger tu level 1 punya rotan sbb akan patah mcm tu je,hahaha.
Aku ni kurang sikit nakal berbanding abang aku, mungkin sbb abg aku ni nakal sangat, smpai selalu kene rotan jadi aku jadi takut sikit nk buat nakal, jadilah anak yg baik, hahaha. Tapi pernah lah jugak rasa semua tu.
Ada jugak pros and cons abah aku buat mcm tu, mungkin dia taknak anak2 die jadi mcm die, die nak anak die berjaya lebih dr die lagi, ayat keramat bapak aku "dah lah tok hang hidup susah, bapak hg ni pon hidup susah, habih hang pon nak susah?". Aku rasa bapak aku dapat lah jugak hidup senang dr atok aku, mungkin. Dan aku akan berusaha jadi lagi senang dr ayah aku.
Cons ayah aku garang, aku dgn ayah aku kurang berkomunikasi sbb dr kecik aku takbiasa bersembang buat kelakar ke, sbb ayah aku garang, tapi aku tahu dlm hati die die sayang anak2 die, dan dalam hati aku, aku sayang ayah aku walaupun tak pernah tercapai lisan aku berkata. Hrmmm. Aku ingat lagi pergi jumpa ayah aku kat hospital, aku pandang die, die pandang aku, banyak sangat aku nak sembang dgn ayah aku, tp word left unsaid, hrmm, okay dah bergenang ayaq mata jantan ana, baik ana undur diri, haha.
That is all, chiaoooww.
P/s: abaikan ayah/abah/bapak
No comments:
Post a Comment